Telur Pindang Johor - Makanan Warisan

Kami menawarkan khidmat membekalkan telur pindang untuk pelbagai tujuan / kegunaan seperti majlis-majlis keraian, kenduri-kendara, sebagai buah tangan/cenderamata @ 'souvenir' dan juga untuk di makan sendiri jika teringin sekali-sekala. Berminat? Ingin mendapatkannya? Sila emailkan kepada ninadelivery@gmail.com

Apa itu Telur Pindang?

Telur Pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur Pindang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur Pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun antara yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai. Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telur_pindang