Telur Pindang Johor - Makanan Warisan

Kami menawarkan khidmat membekalkan telur pindang untuk pelbagai tujuan / kegunaan seperti majlis-majlis keraian, kenduri-kendara, sebagai buah tangan/cenderamata @ 'souvenir' dan juga untuk di makan sendiri jika teringin sekali-sekala. Berminat? Ingin mendapatkannya? Sila emailkan kepada ninadelivery@gmail.com



Harap maaf... Kami terpaksa menutup operasi buat seketika sehingga diberitahu kelak.
Kepada yang pernah bertanya, membuat tempahan dan menghantar email, terima kasih banyak-banyak dan maaf kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan seperti yang diminta.

Sokongan anda selama ini amatlah kami hargai.

Terima kasih semua.

What is 'Telur Pindang'?

'Telur Pindang' - Eggs boiled together with herbs and spices, popular during wedding feasts in Johor.

http://www.globalwarmingart.com/wiki/Wikipedia:Johor

TELUR PINDANG - Objek Warisan Tak Ketara

Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Telur Pindang
Jenis : Lauk Pauk (Makanan Pembuka Selera)
Latar Belakang Sejarah : Bagi masyarakat Johor dan Melaka, telur pindang lazimnya dijadikan buah tangan istimewa untuk tetamu dalam majlis perkahwinan. Sekiranya dimasak dengan betul, telur ini tahan disimpan selama kira-kira 2 minggu.

Sumber: Jabatan Warisan Negara

http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail&category=2&id=137

Apa itu Telur Pindang?

Telur Pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutamanya di negeri Johor. Ia merupakan telur yang direbus dalam air herba selama beberapa hari.

Telur Pindang dikatakan tahan sehingga dua minggu atau lebih. Dengan itu, ia merupakan bekalan perjalanan pedagang pada masa dahulu.

Telur Pindang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa dan warna yang unik. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya, bagaimanapun antara yang digunakan adalah daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga ("galingale"), kulit kayu manis, bunga lawang, clove, "cardamom" dan serai. Daun pokok Manggis, daun senduduk, daun jambu batu digunakan bagi memberikan warna gelap pada telur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telur_pindang